Shared
Articles

Pelan Induk CFS pulih 609 hektar habitat hutan

Introduction

Kuala Lumpur: Rancangan kerja Projek Improving Connectivity: Central Forest Spine (IC-CFS) yang diperhalusi akan membantu memperkukuh usaha pelaksanaan Pelan Induk CFS di Malaysia.

Ia berupaya memperkukuhkan keupayaan institusi kerajaan, negeri dan agensi lain yang berkaitan dalam merancang, mengurus dan memulihara landskap hutan di Perak, Pahang dan Johor.

Selain itu, ia juga menyasarkan pembangunan mekanisma pembiayaan yang mampan termasuk sumber pendanaan alternatif seperti skim Payment-for-Ecosystem Services (PES) bagi tujuan pemuliharaan CFS.

Pengarah Projek Nasional IC-CFS Datuk Zahari Ibrahim berkata, projek diterajui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) itu mendapat sokongan dan kerjasama dari dua agensi bersekutu iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

Katanya, sehingga kini Pelan Induk CFS berjaya memulihkan dan memelihara 609 hektar habitat hutan.

Selain itu, sejumlah 23, 735 hektar tanah negeri sudah diwartakan dan diisytiharkan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) yang terletak di dalam kawasan koridor ekologi.

Menurutnya, projek ini bergerak bersama renjer dari komuniti setempat bagi melindungi spesis hidupan liar dalam kawasan hutan simpan (HS) terutama di Tanum, Sungai Yu, Pahang; Temenggor, Belum, Perak; Labis Timur, Mersing, Lenggor, Panti, Ulu Sedili di Johor.

Katanya, alat pemantauan Spatial Monitoring and Reporting Tool (SMART) juga akan diuji cuba JPSM selaras pendekatan penguatkuasaan bersepadu bagi landskap CFS.

Young tree sprout
© Provided by Harian Metro GAMBAR hiasan. 
FOTO Arkib NSTP

Zahari berkata, projek itu juga mengetengahkan inisiatif bagi kelangsungan hidup komuniti Orang Asli melalui program komuniti dan mengutamakan pemulihan habitat hidupan liar di tiga landskap keutamaan harimau.

Katanya, usaha itu akan diteruskan sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.

“Kami berharap pendekatan diperbaharui melalui Projek IC-CFS ini dapat memberi kesan positif terhadap pelaksanaan berterusan Pelan Induk CFS dalam mewujudkan semula jaringan antara blok hutan dan melindungi biodiversiti serta ekosistem hutan kita yang berharga.

“Ia bertujuan mewujudkan perancangan yang lestari dan mampan dalam memelihara khazanah flora dan fauna kita untuk generasi akan datang.

“Usaha pemulihan landskap dan pengurusan hutan yang bersepadu akan membawa manfaat yang besar kepada negara dan masyarakat untuk dekad yang mendatang,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam beberapa bulan akan datang, projek IC-CFS akan melancarkan beberapa aktiviti termasuk rundingan bersama pihak berkepentingan bagi proses pewartaan koridor, latihan dan pembangunan kapasiti, inisiatif penanaman pokok serta program pendidikan serta kesedaran.

“Ekosistem yang sihat adalah harta paling berharga yang tidak dapat ditukar ganti dengan arus pemodenan. Ia tidak seharusnya saling bertentangan antara satu sama lain, tetapi kekal terpelihara secara harmoni,” katanya.

Learn More on How
We Protect Our Forests

Care about protecting the environment?
Let’s start a conversation on conservation.

© 2021 IC-CFS. All rights reserved.