MERSING: Pengurusan hutan dan penggunaan tanah yang mapan bertujuan memelihara biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem, diharap dapat direalisasikan melalui pemerkasaan Penghijauan Koridor ‘Central Forest Spine’ (CFS).
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman berkata melalui inisiatif itu, lebih 3,000 anak pokok daripada spesies asli terutama pokok nadir dan spesies bukan dipterokarp (pokok hutan) akan ditanam termasuk Merbau, Tampoi, dan Kerdas di Hutan Simpan Mersing.
Beliau berkata Hutan Simpan Mersing merupakan sebahagian daripada koridor ekologi projek ‘Improving Connectivity in the Central Forest Spine’ (IC-CFS) dan subset kepada Kompleks Hutan Endau Rompin-Ulu Sedili yang merupakan kawasan habitat hidupan liar serta penempatan komuniti Orang Asli.